Friday, August 26, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. 25 & 26


Semakin lama semakin takda masa aku nak update blog
pasal bulan ramadhan ni .
Dah hari2 balik kerja 11.30 malam .
Wa letih la brader :p

Ok la straight to the point
ramadhan ke 25
aku berbuka dibumbung [ rooftop ]
mmg syok la
saksikan pemandangan sekitar bandar kuantan .
apatah lagi ada org belanja NASI BERIANI
fuhh . kenyang siot .
hehe

Ramadhan ke 26 lak
aku berbuka didlm office .
di pantry !
1st time berbuka dlm office :D
tade geng la
b'2 je td
aku makan NASI MINYAK

k lah itu je
BYE !

Wednesday, August 24, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. 23 & 24


Combine lagi !
Hahaha
Ok la Ramadhan ke 23
aku berbuka dirumah !
aku tak makan nasi waktu berbuka tu .
aku makan tauhu sumbat & popia yg mak aku beli
smpai penuh perut ! air kelapa plak tu
lagi la bertambah2 aku minum
ikut nafsu .
huhu

Ramdhan ke 24 plak
mmg boros la aku ni !
aku beli air soya cincau 2 dah rm4
agar2 pandan santan tu rm2
tom yam ayam 3.50
nasi putih rm 1
air bandung lg rm1.5
so sume skali td rm12 !
mcm ari biasa plak ...
ya ALLAH ! borosnya aku ...
dosa2
hmm

:(

Monday, August 22, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. 22 !


Hari ini aku bercuti !
So disiang harinya aku mengecat rumah .
Dlm kul 3.45 aku gerak ke town !
Nak shopping baju raya !
Nak berbuka puasa di KFC !
Nak Berkaroke .
Hehe .

So aku pergi ke
EAST COST MALL ( shopping & berbuka puasa ) !
dan KUANTAN PARADE ( karoke )
mmg best & seghonok !

Menu :- Dinner Plate sajo !

Air :- Mountain Dew :D

Ok bye

Sunday, August 21, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. 20 & 21


Untuk ramadhan ke 20 & 21 ni
aku combine skali la .
sbb aku tak banyak benda nk share .

SO ramadhan ke 20
aku berbuka dirumah .
Aku tak makan nasi pun .
Aku makan kopok lekor je & Bihun
Air spt biasa la SUNQUICK !

Ramadhan ke 21 plak
aku makan kat warung ngan kwn2
aku order nasi goreng kampung & air SUNQUICK
je la !

OK guys !!
tu je la
:D

Friday, August 19, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. S.e.m.b.i.l.a.n.b.e.l.a.s.~ !

Hari Jumaat !
Walaupun letih .
Aku gagahkan jua diriku .
Demi mencari sesuap nasi

So hari ini berbuka diwarung shj
masakan panas !

Menu : Nasi Cowboy ( Bujang ) + Tom Yam Ayam

Air :- Sunquick + Soya Cincau ( spare )

Itu je lah !!
Jimat
:D

Thursday, August 18, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. L.a.p.a.n.b.e.l.a.s.~ !


Khamis ?
Aku FULLDAY hari ini
dlm seminggu tu sehari je morning
yang lain NOON atau FULL
dah sah2 balik malam
kul 11.15 !
OUCH`

Takpelah , dah itu je rezeki aku .
Klu memilih kerja , tak bekerja plak aku an .
Janji hujung bulan duit masuk
:D

Menu :- Kuey Teow Tom Yam

Air :- Sunquick + Soya Cincau ( spare )

Keropok Keping rm1 je !

K Lah , itu je :)

Wednesday, August 17, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. T.u.j.u.h.b.e.l.a.s.~ !


Fuhh penat gila hari ini !!
Ramai gile org !!
Walaupun aku Penyelia , tp aku harus membantu
department lain jugak . So aku jd cashier la td .
Ta benti2 customer bayor .
beratur punyalah panjang .
Aduh LETIH2 !!

Hm arini berbuka puasa b'2 je .
cam dating plak .
hehe !
Bukak ngan membe !
dia nk belanja makan kan !
So aku serahkan pd dia ajelah menu
dia belanja kan !!
So dia order utk aku Nasi Goreng Daging Merah & Sunquick !!
Jimat duit aku arini
:D
THANKS AKIM KIM !!

Yang penting aku pesan air soya cincau kat org !
Wat spare ! takut dahaga
kan ramai customer
:D

BESTNYA tgk org shopping raya !!
Korang dah shopping raya ke ??
AKU BELUM !!
:(

Tuesday, August 16, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. E.n.a.m.b.e.l.a.s.~ !


Hari ini aku off day !
Pelikkan ??
Orang lain cuti sabtu & ahad
tp aku selasa !!
itulah padahnya bekerja di Pasaraya :D

Memandangkan aku cuti , aku pun dgn rajin lah m'buat dessert
aku wat agar2 pelangi .
itu je ! hehe

Menu : Nasi Putih + Ikan Percik + Sayur Air

Air :- Sirap + Watermelon + Tea O

Dessert :- Agar2 Pelangi

OK !
itu je
:D

Monday, August 15, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. L.i.m.a.b.e.l.a.s.~ !


Ini Kali ke-2 aku berbuka dipadang MPK
tp kali ini aku betul2 bersila dipadang
dikelilingi beratus2 umat islam
yang turut bersama mahu berbuka .
Pemandangan senja & Masjid Negeri yang chantek !

Tp kali ini aku tidak banyak berbelanja .
aku hanya membeli kuey teow
dan air soya cincau shj !
eh lupa air jambu batu juga .
( spare )

hehe . gmbr ada
tp aku malas nk upload !
k lah , that's all

Sunday, August 14, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. E.m.p.a.t.b.e.l.a.s.~ !

AHAD ?
Berbuka di Rooftop bersama kawan2 seperjuangan !
Hari ini aku diduga oleh pelanggan yang kurang siuman !
Tapi tapelah terserah kamu deh !
kamu siapa ??
Ada aku kesah !!

Menu :- Nasi Beriani Ayam Boxing

Air : Tembikai

Dessert :- Kopok Lekor ( dessert kah ?? )

OK Lah . Jum tidorr
Hahaha

Saturday, August 13, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. T.i.g.a.b.e.l.a.s.~ !


Sedih tp gembira sbb arini balik kerja Kul 6 !
Bulan ramadhan ni , hanya hari sabtu je aku morning :(
hari2 lain tu paham2 je lah kan
balik kul 11.15 p.m
HARAP MAKLUM !
inilah hakikat bekerja di pasaraya
Redha :D

SO ari ini berbuka di rumah bersama keluarga .
Tiada apa yang menarik pun .
Bcoz hanya b'3
me with my parents !
yang lain ntah kemana .
adik bongsu tak pose . OPPSS
hahaha

Menu : Nasi Putih + Ayam Kicap + Telur Kurmak + Sayur Campur

Air :- Tebu + Bandung + Cendol

Kuih :- Sagu ( Beronok ) + Bubur Kacang Hijo

K lah ! That's ALL

Friday, August 12, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. D.u.a.b.e.l.a.s.~ !


Hari Jumaat yang memenatkan tapi
menyenangkan ! :D
Aku berbuka puasa di warung PATAMA ,
masakan panas la .
Kali ini over budget aku belanja !
Sbb sebelum tu aku turut ke bazar membeli
juadah ringan utk dimaman selepas berbuka :D
Aku beli keropok lekor rm4
air tebu rm2

Menu :- Nasi Putih + Telur Dadar + Sambal Belacan + Tom Yam Ayam
RM6

TOTAL = RM12 ! kan over tu
hmm :p


Thursday, August 11, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. S.eb.e.l.a.s.~ !


1st time berbuka dipadang MPK
Berhadapan Masjid Negeri Pahang .
WOW - mmg speechless lah
ramai gila lautan manusia .
spt ada FIESTA !
spt JOM HEBOH rasanya .
kan bagus klu manusia berganding bahu spt ini !
aman negara :D

Menu :- Kuey Teow Kawah

Dessert :- Kopok Lekor

Air :- Kelapa

Itu je lah utk hari ke-11 neh !
Esok nak pergi mana plak ??
Wait & See
:D


R.a.m.a.d.h.a.n. S.e.p.u.l.u.h.~ !


Berbuka di warung Patama !
Bersama2 teman-teman ...
Tp Kurang bernasib baik apabila hujan turun
dengan lebatnya !
Nak tak nak terpaksa la redah .
Klu tidak Lateness la punch card
Abes basah kuyup
:(

Menu :- Tomyam Seafood , Telur Dadar ,
Ayam Goreng Kunyit & Sambal Belacan :)

Dessert :- Puding Cocktail

Air :- Sunquick Orange Lagi :p

OK NEXT!
haha


Tuesday, August 9, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. S.e.m.b.i.l.a.n.~ !


Berbuka dirumah !
Memandangkan aku cuti kan ...
On9 je la hari ini ..

Menu :- Mee Curry

Dessert :- Buah Melaka , Butir Nangka , Roti Jala

Air :- Sunquick

OK la , esok kerja...
nak bwk puding cocktail la
:D

Monday, August 8, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. L.a.p.a.n.~ !


Hari ke lapan sudah !
Hm hari ni aku bekerja 10 jam .
Jd berbuka ditempat kerja lah .
Plan ngan membe berbuka dipadang beramai2
depan Masjid Negeri tuh .

Walaupun cuaca pd pukul 7 menunjukkan tanda-tanda
hari mahu hujan tp kami GIGIH jua ke bazar ramadhan .
Setelah 5-8 min membeli belah . Hujan turun dgn lebatnya
Berlari lah orang lintang pukang . Kami pun sama .
Musnah harapan mahu bersantai dipadang
Pasrah je lah dgn ketentuan Ilahi .

So Menu Hari Ini :- Kuey Teow Goreng + Keropok Lekor

Air :- Tebu

Dessert :- Tau Fu Fa ( tak mkn pun ada dlm peti tu ha )

OK la . Esok aku offday .
Ingat Nak Wat Cocktail .
Klu rajin lah ,
Bye !


Sunday, August 7, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. T.u.j.u.h.~!

Ahad yang ceria walaupun bekerja :D
Bestnya tgk orang ramai membeli-belah
sepertinya raya jatuh keesokan hari :p
Jeles pun ada ! aku xde wet nak beli belah .
tgk dari jauh je lah :(
hehe

Hm hari ini 1st time aku bukak pose kat kedai makan
bersama-sama teman seperjuangan

Menu : Kuey Teow Tom Yam

Air :- Sunquick Orange

Itu je lah . No dessert2 neh .
Ta jual kat situ
:p

Saturday, August 6, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. E.n.a.m.~ !

Fuhh penat jugak hari ini .
Orang lain seghonok shopping . Berehat dirumah !
Tapi AKU ? KERJA !
seb bek la balik kul 6
sempat berbuka puasa ngan famili
:D

Menu Hari Ini :- Nasi Putih + Terung Goreng Lada
+ Ikan Goreng Tepung + Telur Itik

A lots of Kuih Muih

Air :- Sarsi + Strawberry + Orange Sunquick

No ice blend today ! Malas Nak Buat :p

Hehehe

That's for 6th Ramadhan !

Chow

Friday, August 5, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. L.i.m.a.~ !


Oh Puasa Hari Ini , sungguh mencabar !
Berjalan kaki ke masjid utk menunaikan solat Jumaat .
Walaupun panas terik tetap ku harungi juga
:D

Berbuka Di Rooftop !
Sungguh Nyaman .
Angin2 Sepoi-Sepoi Bahasa
:)

Menu Hari Ini : Nasi Putih Lagi + Ayam Kari + Sayur Petola + Sambal

Air : Chocolate Ice Blend + Sarsi Ais + Miranda Orange

Dessert : Bubur Cha-Cha

Ok lah dats all for 5th Ramadhan !
See you next ramadhan
Selamat Berpuasa
:D

Thursday, August 4, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. E.m.p.a.t.~ !

Sudah masuk hari ke-4 umat islam berpuasa !
Hari ini aku semakin lemah menghadapi puasa .
Tak taw lah kenapa ??

Adakah disebabkan mimpi basah yang aku alami dipagi hari !!
OMG ! Kenapakah aku bermimpi sebegitu di bulan RAMADHAN??
setiap tahun begitu ! Pasti ada 1 hari aku bermimpi~
apa ertinya ??

Hmm terpaksalah aku mandi wajib !
huhu :p

K lah menu hari ini terlebih sudah !
Btw aku berbuka puasa dirumah kan ...

Menu :- Nasi Putih + Ayam Percik + Patri Nenas +
Ikan Masak Kicap + Ayam Goreng + Sayur Campur

Air :- Ice Jagung Blended + Sarsi + Tea Tarik

Agar-Agar MILO

Itu sahaja ! Mana tak gemock kan
:p

Wednesday, August 3, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. T.i.g.a~!


Hari ini aku berbuka puasa di tempat kerja
bersama Akim Kim & Faiz !
di Rooftop !
:D

Menu :- Nasi Putih + Lempung ( paru-paru ) & sayur keladi :D

Air :- 100 Plus botol plg besar !

dan lain2 . Sampingan !

K lah jumpa di ramadhan 4 !

:D

Tuesday, August 2, 2011

R.a.m.a.d.h.a.n. D.u.a.~ !

Aku offday arini . So tadelah penat sgt kan !
Memandangkan aku off aku pun merajinkan diri
membuat agar-agar cocktail & agar-agar milo
sbg pencuci mulut waktu berbuka .

Menu hari ini :-
Sup Ayam , Sayur Kangkung , Ikan Berlada , Telur Masin ++

Air :-
Sirap Limau , Sarsi , Teh Panas ( my mom sediakan )

Air :-
Ice Milo Blend ( aku wat sendirik )

Then masa berbuka td aku tak makan pun .
Aku hanya menghirup ice Milo blended
sehingga 2 cawan besar !
hahaha
:D

Pastu aku ke Masjid menunaikan solat ishak & Terawih
Itulah yg berlaku pd hari ke-2
So kita tgk pulak esok dimana aku berbuka puasa
ditempat kerja pula
hmm :(

R.a.m.a.d.h.a.n. S.a.t.u.~ !

Bekerja di hari Pertama Ramadhan memang letih .
Tapi apa boleh buatkan ?
Tanggungjawab harus digalas :D
Nasib baik la balik kerja kul 6 .
So dpt lah berbuka bersama keluarga

Dek kerana letih semalam
aku terasa spt mahu pitam shj ketika berada didlm toilet
jd aku tidak berterawih , aku rilex dirumah shj
:(

menu semalam , biasa2 shj . 1st day kan
aku lebih bnyk minum air
aku wat laici blended !
1 tin laici tu aku minum sorang :p
dahaganya :))

k lah wait for my 2nd Ramadhan !
Selamat Berpuasa & Berbuka Puasa
:D