Thursday, February 11, 2010

S.e.s.a.l.a.n.k.u.~!!

Tak salahkan aku merindui sesuatu yg pernah ada/hadir dlm hidup aku suatu ketika dahulu...Ini membuktikan yg aku mmg ikhlas dlm perhubungan itu...tp kdg2 bila kita merindui sesuatu yg sudah lama berkubur, tiada gunanya lg~ ibarat bertepuk sebelah tangan!! tp seriusly, aku sgt rindu...aku sygkn perhubungan itu!! aku amat berharap ia boleh di'active'kn kembali!! hmm walaupun ia mustahil tp aku tak pernah mengalah..sbb aku taw selagi kita berusaha pasti ada jalan! Tp kadang2 tu, aku kalah juga ditengah jalan, ye la apabila segala usaha yg dilakukan tampak spt tiada gunanya, tidak bermakna!! Aku ini bkn la malaikat yg boleh baca fikiran/isi hati org lain!! tp jawapan yg diberi mmg mengecewakan setiap kali aku mengharapkan sesuatu yg indah!! mungkin harapan aku terlalu tinggi atau aku hidup dlm dunia khayalan!! tp yg nyata, aku tidak pernah lupakan perhubungan istimewa ini..ia sentiasa ada didalam hati, aku syg perhubungan ini!! tersangatlah sayang!! pelbagai cerita telah kita kongsi...sejuta kenangan telah kita cipta...suka duka tawa gembira susah senang ~ mungkin kesilapan yg aku lakukan menyebabkan kemusnahan tp fahamilah semua ini bukan kehendak aku...aku sudah cuba yg terbaik!! Hati ini terlalu sakit apabila mengenang kembali segala yg terjadi~ bagaikan br semalam semuanya berlaku! hmm alangkah bagusnya kalau aku dpt undurkan masa!!

Hmm ntah kenapa setelah bertahun, aku masih tidak dpt singkirkan perasaan ini!! sedangkan kau hidup bergembira bersama kekasihmu, teman2mu...ye aku mungkin gumbira diluar tp dlm hati...adakah kau taw, aku sentiasa berharap kau akan kembali!! masih terngiang2 ditelingaku janji2 yg ditaburkan... kenapa begitu mudah bgmu menidakkan kewujudan aku!! mungkin aku salah tp perbuatan & kata2 mu menunjukkan yg aku tidak lg penting dlm hidup mu...semakin hari semakin jauh...kdg2 kau ok, kdg2 k.o, aku pun sudah tidak taw apa patut aku lakukan... aku sudah cuba terima takdir/hakikat, tp masih gagal!! aku lemah... salahkah aku!! salahkah aku masih setia?? apa perlu aku lakukan utk buang dirimu yg bagaikan 'tattoo' dihati ini...hmmm

Aku pun tidak pasti bila segalanya akan selesai, tp yg pasti aku tidak dpt menipu diri sendiri, walau sejuta org dtg sekalipun, dirimu ttp istimewa dlm hidupku...kau sahabatku kaulah teman sejati!! hmm~!!

No comments: