Thursday, June 10, 2010

S.E.D.I.H~!

- S.E.D.I.H. -

ntah kenapa bila berseorangan inilah yang aku rasakan...terkenang kembali segala yang HILANG! sepanjang 24 tahun aku menjalankan kehidupan ini banyak perkara yang aku lalui, suka duka, tawa gembira...tapi semuanya datang & pergi begitu sahaja...yang tinggal hanyalah MEMORI, patutkah dikenang? Kadang2 bila difikirkan kembali perjalanan hidup ini, terkadang aku MENYESAL, kenapa aku begitu mudah melahirkan KEPERCAYAAN, KASIH SAYANG...! kenapa aku TULUS, IKHLAS dalam perbuatan aku! Menjadi BAIK salah menjadi BURUK pun salah...Pernahkah anda rasa diabaikan? terabai? Memang benar, memang ini HAKIKAT KEHIDUPAN, setiap apa jua yang berlaku, PERSAHABATAN, PERCINTAAN, dan lain-lain tidak mungkin akan BERKEKALAN! pasti akan TERPISAH, TERLERAI, HILANG juga akhirnya melalui PERGADUHAN, SALAH FAHAM, dan lain-lain ataupun cara BAIK iaitu KEMATIAN yang memang memisahkan manusia dari segala-galanya!

Kenapa sesuatu perhubungan itu boleh berakhir? Kenapa KASIH SAYANG antara mereka menjadi PUDAR? Kenapa tidak diPERJUANGKAN? Inilah yang dipersoalkan oleh hati aku.. Pernah aku mendengar dari kawanku, biarlah kita mengalah, kalau dah BUKAN JODOH kita untuk bersahabat, bercinta tidak perlulah kita TANGISI, SESALI...walaupun jauh disudut hati kita menyayangi setulus hati...tapi tidak semua manusia boleh mengalah begitu sahaja...lupakan detik indah bersama...bukanlah semudah ABC!

kenapa bila bersendirian aku SEDIH, aku sedih bila mengenang perjalanan hidup aku, setiap insan yang penting yang hadir dalam hidup aku DATANG & PERGI begitu sahaja...aku SEDARI manusia pasti BERUBAH dari masa ke semasa tapi tidak aku! Entah kenapa aku tidak pernah BERUBAH, fizikal mungkin berubah tetapi dalaman, hati tetap sama...mungkin ini KELEBIHAN aku dari kaca mata orang lain tapi bagi aku ini adalah KELEMAHAN aku, kerana setiap kali aku mengenang memori-memori indah aku akan TERLUKA....Selagi hayat dikandung badan, selagi itu segalanya tersemat dihati ini biarpun sedih hidup harus diteruskan...semoga sinar cahaya menanti dihadapan! =)

No comments: