Saturday, November 20, 2010
F.A.T.E.~!
Semakin hari berlalu . Semakin itu juga fikiran aku bercelaru . Hati tidak tenang . Jiwa kacau ! Terkadang aku rasa begitu kecewa dgn kehidupan aku sendiri ! Aku sudah tidak berdaya lagi . Aku harus dimana lagi ? Aku sudah berusaha sedaya upaya aku ! Tapi masih gagal ! Bintang kehidupan aku semakin malap ! Tiada sinar lagi . Adakah aku harus menyerah kalah ? Mundur sahaja ? Biarkan saja diri ini jatuh tersungkur dilanda badai ! Terus terang aku katakan , aku tidak kuat lagi . Melihat nasib teman2 sekeliling yang lebih baik membuatkan aku bertambah sedih ! bukan kerana cemburu , tp kenapa aku tidak seperti mereka ! apa salah aku ? APA! KURANGKAH USAHA aku dari mereka ? BODOH sangatkah aku ! Pernahkah mereka bersusah payah seperti aku ? Mungkin ini suratan kehidupan buat aku ! aku harus jatuh dan terus jatuh menyembah bumi ! Bukanlah mahu mengenang nasib badan yg malang tapi hanya menzahirkan kekecewaan , kesedihan , kekurangan diri ! Aku bersyukur pada ALLAH s.w.t aku dilahirkan dengan cukup sifat , tiada cacat cela . Tapi apa gunanya kalau nasib tidak menyebelahi aku ! Aku tiada tempat untuk mengadu . Bukan mudah tatkala bersendirian menghadapi dugaan ini ! Kadang2 bila aku bersendirian aku menangis . Aku sedih sangat mengenang nasib diri ini . Ketika menulis entry ini air mata berderai lajunya . Aku tidak dapat tahan lagi . Aku sedih sangat . Bukan ingin meraih simpati sesiapa . Tapi kesedihan ini tidak tertanggung lagi ! Perit di dalam hati hanya ALLAH sahaja yang tahu . Aku rasa seperti org BODOH , tidak BERGUNA sahaja . Aku sedar bukan aku sahaja yang hidup susah . Ada lagi manusia yang serba kekurangan . Tapi manusia disekeliling aku ? Begitu mudah mendapatkan apa yang dihajati ! Aku tahu segalanya sudah tertulis | sudah ditakdirkan dari azali lagi . Untungkan mereka ! Aku bukan minta lebih2 . cukuplah sekadar aku dapat membahagiakan keluarga aku dan mereka yg memerlukan terutama ibu bapa ku selagi mereka masih hidup . Sampai kapan harus aku menanti sinar kebahagiaan ? Menanti jawapan yang tak pasti ! Yang aku tahu aku harus mencari kekuatan utk bangkit kembali . Tapi bagaimana ? Bila ? di mana ? Aku sendiri buntu & keliru ! Ya ALLAH kau kuatkanlah hati aku untuk menempuh dugaan yang kau beri ! Aku redha jika inilah takdir yang aku harus jalani . Terima Kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment