Setiap kali aku berkenalan rapat dengan seseorang ianya pasti akan berakhir . Bukan bermaksud putus hubungan tetapi seperti chew gum . Habis manisnya buang je la . Banyak sebab kenapa ia berlaku . Tapi selalunya JARAK la . Memang setiap kali kalau aku berkawan rapat dgn seseorang aku pasti layan dia "1st class" . Sampai orang salah faham dengan aku . Yang aku peliknya kenapa orang mesti salah faham ? Salahkah aku berbuat baik ! Salahkah aku IKHLAS ! Aku memang suka berkawan . Apatah lagi jika sahabat aku juga membalas perkara yang sama ! Bukannya aku meliwat . meraba . sahabat aku pun . Kalau aku melakukan perkara itu . Takkan mereka mendiamkan diri pulak kan . Mesti dah lama aku kene belasah . BODOH ! Tapi kenapa orang sekeliling tidak boleh sedikit pun melihat aku akrab dengan seseorang . Ini satu lagi punca retak nya persahabatan aku .
Setiap kali aku bersahabat baik dgn seseorang . Kami pasti seperti belangkas . Kemana sahaja berdua . Macam2 aktiviti dilakukan bersama . Klu yang muda dari aku . aku anggap dia adik . Klu tua dari aku . Aku anggap dia abg . Klu dah bersahabat baik dgn seseorang tu , aku mmg tak lokek duit . masa . dll . Aku jenis peramah . Aku share everything . Nama pun sahabat baik kan .
Ajak lah kemana pun . Aku pasti pergi . Aku pasti memenuhi permintaan mereka sekadar yang aku mampu .
Tapi itulah . Semua yang indah itu hanya sementara je . Aku pun tak tahu kenapa boleh terpisah jua . Seperti yang aku bilang la JARAK dan perubahan sekeliling . Namun aku masih lagi berhubungan dgn mereka . Cuma aku terkilan sbb seerat2 hub. pun boleh renggang . Bila contact semula jadi kekok . Malu2 kucing . segan . Its ok lah . Sudah ditakdirkan sahabat baik aku akan pergi meninggalkan aku . Dan akan datang lagi sahabat2 baru . Then berpisah lg . Bersahabat lagi . Sampai bila ? Sampai aku kawin nnt kot . Aku dah xmahu bersahabat lg . HAHAHAHAHA!
P/s:- Sahabat baik aku masa form 4 & 5 sudah berkahwin . Sedihnya aku tidak diundang . Aku tidak tahu dia sudah berkahwin sehinggalah aku m'add dia di FB pd bulan APRIL . NAH~
Monday, June 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment