- S.E.D.I.H. -
ntah kenapa bila berseorangan inilah yang aku rasakan...terkenang kembali segala yang
HILANG! sepanjang 24 tahun aku menjalankan kehidupan ini banyak perkara yang aku lalui, suka duka, tawa gembira...tapi semuanya datang & pergi begitu sahaja...yang tinggal hanyalah
MEMORI, patutkah dikenang? Kadang2 bila difikirkan kembali perjalanan hidup ini, terkadang aku
MENYESAL, kenapa aku begitu mudah melahirkan
KEPERCAYAAN, KASIH SAYANG...! kenapa aku
TULUS, IKHLAS dalam perbuatan aku! Menjadi
BAIK salah menjadi
BURUK pun salah...Pernahkah anda rasa diabaikan? terabai? Memang benar, memang ini
HAKIKAT KEHIDUPAN, setiap apa jua yang berlaku,
PERSAHABATAN, PERCINTAAN, dan lain-lain tidak mungkin akan
BERKEKALAN! pasti akan
TERPISAH, TERLERAI, HILANG juga akhirnya melalui PERGADUHAN,
SALAH FAHAM, dan lain-lain ataupun cara BAIK iaitu
KEMATIAN yang memang memisahkan manusia dari segala-galanya!
Kenapa sesuatu perhubungan itu boleh berakhir?
Kenapa KASIH SAYANG antara mereka menjadi PUDAR? Kenapa tidak diPERJUANGKAN? Inilah yang dipersoalkan oleh hati aku.. Pernah aku mendengar dari kawanku, biarlah kita mengalah, kalau dah BUKAN JODOH kita untuk bersahabat, bercinta tidak perlulah kita TANGISI, SESALI...walaupun jauh disudut hati kita menyayangi setulus hati...tapi tidak semua manusia boleh mengalah begitu sahaja...lupakan detik indah bersama...
bukanlah semudah ABC!kenapa bila bersendirian aku SEDIH, aku sedih bila mengenang perjalanan hidup aku, setiap insan yang penting yang hadir dalam hidup aku DATANG & PERGI begitu sahaja...aku SEDARI manusia pasti
BERUBAH dari masa ke semasa tapi tidak aku! Entah kenapa aku tidak pernah
BERUBAH, fizikal mungkin berubah tetapi dalaman, hati tetap sama...mungkin ini
KELEBIHAN aku dari kaca mata orang lain tapi bagi aku ini adalah
KELEMAHAN aku, kerana setiap kali aku mengenang memori-memori indah aku akan
TERLUKA....Selagi hayat dikandung badan, selagi itu segalanya tersemat dihati ini biarpun sedih hidup harus diteruskan...semoga sinar cahaya menanti dihadapan! =)